MERDEKA!!!

31 OGOS 2009

Sempena Hari kemerdekaan yang ke-52...Saya mengharapkan sume rakyat Malaysia dapat
menghayati sejarah lampau pada permulaan kita menyambut kemerdekaan yang pertama
pada 31 Ogos 1957..

Kita patut berasa bangga menjadi warganegara Malaysia yang aman dan harmoni..


RUBIK CUBIK
(Permainan yang mencabar minda da
n mencerdaskan pemikiran.)

Adakah anda tiada wang ($$$) untuk membeli Rubik??
Seperti gambar di bawah...



Jika tiada, maka saya akan menyelesaikan masalah yang terbungkam dalam hati korang..
Saya amik game ini dari Dr. eiDRuC (Rubik s cube) 1.0..
Apa yang diperlukan untuk bermain game ini ialah TELEFON BIMBIT!!!!
Saya fikir semua ada kan??


Terima kasih kerana melayari dan memuat turunkan permainan ini..



Resolusi = 176 x 208 ( cth Nokia 3110c )
Format = jar

DOWNLOAD - Klik untuk muat turun pantas




Hadis bulan Ramadhan al-mubarak..

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasullah S.A.W bersabda tentang ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu." ( Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik dan Baohaqi.)

Tanda-tanda malam Lailatul Qadr :

1. Malam yang sepi, tenang dan bercahaya.
2. Tidak panas atau sejuk seolah bulan memancar terang.
3. Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh.
4. Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang.

Inginkan doa pilihan yang boleh dijadikan ketika berbuka,iaitu :

1. "Allahumma laka shumtu wa'alaa rizqika afthartu."
( Ya Allah, Demi engkau, aku berpuasa dan dengan rezekimu aku berbuka.)

2. "Alhamdulillahilladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu."
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat berbuka).

3. "Allahumma laka shumnaa wa'alaa rizqika aftharnaa, fataqabbal minna innaka antas samiiul 'aliim."
( Ya Allah. demi engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah ( puasa ) dari kami. Sesungguhnya engkaubenar-benar Maha mendengar lagi maha mengetahui.)

4. "Allahumma inni as a'luka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii."
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap ( makhluk ) agar engkau mengampuni diriku)

Puasa ( BARU!!! )

Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan dari solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu..