Angry Bird Song
(after finish my exam.. playing angry bird over and over!!)
Penipuan Kedai Baikpulih Komputer
Hati-hati memilih kedai baikpulih komputer, kerana mungkin tidak
semuanya jujur kepada kita. Satu tinjaun telah di buat di UK bagi menguji
kejujuran pihak kedai.
Cara Menguji
Satu komputer telah dirosakkan dengan sengaja (dengan melonggarkan Cip Ingatan Utama (RAM)) oleh pemilik dan di hantar kepada kedai, di dalam komputer tersebut juga telah di masukkan program yang boleh merekodkan setiap aktiviti yang berlaku keatas komputer berkenaan seperti program apa yang di buka, fail apa yang di salin.

Kejujuran Kedai Servis
Hanya 1 kedai secara jujur memberitahu bahawa komputer pelanggannya hanya mengalami masalah kecil dan di baiki tanpa bayaran.
Hampir lima (5) kedai membuat penipuan seperti memaklumkan bahawa Papan Ibu (motherboard) perlu di tukar (RM 200 - RM 600), membuka dan menyalin fail sulit pelanggan, mencari data bank dan sebagainya.
Saranan
Bila PC anda mengalami kerosakan, tanyalah rakan-rakan sebelum menghantarnya ke kedai. Terdapat rakan-rakan pelajar anda yang mempunyai kemahiran dalam membaikpulih komputer atau sekurang-kurangnya menentukan komponen mana yang rosak. Biasanya masalah yang berkaitan dengan perisian dapat di selesaikan dengan mudah samada membuat 'installation' semula atau paling 'teruk' ialah format cakera keras (hard disk). Pastikan anda sentiasa membuat backup fail-fail penting.
Subscribe to:
Posts (Atom)