Showing posts with label Mulia. Show all posts
Showing posts with label Mulia. Show all posts

Wasiat untuk menjaga wanita dengan baik

Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki

Seorang bijak berkata…
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih
untuk lelaki
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan
memberimu kehangatan dalam rumahmu.

Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.

Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya.

Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan
memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan!

Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa
dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka
terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik.

Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata ma'af untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta ma'af untuk kesalahanmu.

Ia yang mau menerima masa lalu mu dan siap
merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.

Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar.

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa
lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu,
airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka merenunglah sejenak!

Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.

Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.

Maka dari itu kenali dan sayangi “Tulang Rusukmu”..

Tanda-tanda umum orang berhutang



1. Kad kredit
- Bayar minimum
- Guna sehingga maksimum
- Guna pendahuluan wang

2. Pinjaman
- Sering terima notis pembayaran
- Dinafikan kredit
- Pinjam dengan ahli keluarga atau kawan untuk bayar hutang

3. Simpanan
- Mula gunakan simpanan
- Simpanan menyusut atau tiada simpanan

4. Perbelanjaan
- Buat kerja sampingan atau lebih masa untuk biayai kos hidup
- Membeli secara kredit

5. Sikap
- Tidak berbincang dengan pasangan tentang masalah kewangan
- Sering bertengkar atau bergaduh
- Tidak mengetahui jumlah hutang sebenar
- Mula mengelak berjumpa dengan pemiutang




Pekerjaan Sekarang

Pekerjaan ADAN 2014
UPSI Holdings Sdn. Bhd.(UHSB)
Website UPSI Holdings - http://upsiholdings.upsi.edu.my/
Facebook - https://www.facebook.com/pages/UPSI-Holdings-Sdn-Bhd-UHSB/1455245961362222

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. 

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan 
memilih jodoh. 
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti : 

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak. 

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua. 

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua. 

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. 


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan 
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. 

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. 

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. 

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: 

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga 
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil 
iii. Pasangan ideal dalam erti; 
- bersikap baik terhadap isteri 
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat 
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri 
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu 
- dapat menjaga kewibawaan isteri 
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik 
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri 
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak 
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Art of Khat


Hakcipta : Abang Duis bin Abang Nen



Ayat dalam khat tersebut adalah :
"Ukhwah itu indah"
"Iman itu manis"
dan "Islam itu sempurna"..

1. Ukhwah=keluarga
(kita sesama islam adalah keluarga)

2. Iman manis, sekiranya kita menjaga batas2 agama.
-Jangan menjadi pencuri iman, org tidak tutup aurat.. iman seseorang itu akan goyang melihat org yg xtutup aurat.

3. Islam itu sempurna
- Segala perkara yang dilakukan hendaklah berlandaskan Quran dan hadis..

Anti Virus Shortcut V2.0

Masalah :
Setiap kali anda memasukkan thumdrive, ade je link shortcut.
Semua Folder jadi shortcut. Argh!!
Habisla assignment aku ni!!!

Terlalu gopoh:
- disebabkan folder assignment sangat penting, anda terus mengklik folder 'Assignment' walaupun folder tu dah jadi 'Shortcut'.

Wei!! JANGAN KLIK LA!!! (x_x)

Disini saya ingin memulihkan semangat anda.. Hahaha.. =P
(AntiVirusShortcut v2.o)

Ciri-ciri aplikasi:-
- Menghapuskan virus shortcut didalam Thumbdrive anda dengan mudah.
- Portable ( mudah dibawa kemana-mana)
- No installation.. v(^^)v
- Recover data dlm pendrive/thumbdrive yang jadi 'shorctut giler' :P
- FREE and Enjoy!!

Screen Short

1. Bantuan.


2. Sebelum masuk thumbdrive/pendrive.


3. Selepas tapi belum scan/imbas virus.


4. Scan Virus.. Ha?? 12 Virus.. =P


5. Scan untuk kali ke-2 (recommended)


Goto LATEST DOWNLOAD - http://abey89.blogspot.com/2011/12/anti-virus-extend.html
Freeware..

Maulidur Rasul 2010

السلام عليكم ورحمة الله وابرقتوه

Salam Maulidur Rasul.

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari 2010, kita bakal menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

MrAbey89